Malaran tak geser lelangit

Malaran tak geser lelangit ialah sejenis bunyi konsonan yang terdapat dalam kebanyakan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara j dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA) dan j dalam X-SAMPA. Dalam bahasa Melayu, malaran tak geser lelangit dilambangkan oleh huruf y, contohnya: ya dan saya. Dalam IPA, huruf j digunakan sempena penggunaannya dalam kebanyakan bahasa Eropah Utara, Tengah dan Timur, misalnya dalam bahasa Jerman, Jahr ("tahun").

Berkaitan